Sistem e-Speks

eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.

Kebaikan e-Speks

Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS adalah seperti berikut:

Kualiti perkhidmatan di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat ditingkatkan dimana makluman pembayaran dapat disampaikan kepada kakitangan awam dan pembekal dengan cepat dan mudah.

Apabila kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan pembayaran, mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada tugas-tugasan lain. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti mereka.

Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat mengurangkan kos bulanan proses gaji apabila slip gaji tidak perlu dicetak lagi. Slip gaji boleh disemak secara 'online' serta dicetak oleh kakitangan terbabit bila diperlukan.

Bebanan kerja di Unit Gaji juga dapat dikurangkan apabila slip gaji tidak perlu dicetak, disisih serta dihantar kepada setiap kakitangan yang terbabit. Tumpuan boleh diberi bagi memastikan setiap perubahan gaji yang perlu dilakukan adalah tepat dan betul. Ini dapat mengurangkan masalah semasa proses gaji dijalankan.

Kebaikan yang sama juga boleh dinikmati apabila penyata tahunan pendapatan dapat dicapai dan dicetak secara 'online' oleh kakitangan awam yang memerlukannya.

Manual Pengguna e-Maklum

espeks

Rajah 1: Skrin Log Masuk Pengguna

1.Pengguna perlu memasukan NO/KP atau NO Daftar Syarikat yang berdaftar.

2.Pengguna perlu memasukan Kata Laluan yang berdaftar.

3.Selepas memasukan NO/KP atau No Daftar dan kata laluan pengguna perlu klik butang masuk.

espeks

Rajah 2: eMAKLUM

1. Skrin ini akan memaparkan no/kp, nama,tarikh mula dan tarikh akhir.

2. Tarikh mula dan tarikh akhir akan memaparkan tarikh semasa.

3. Pengguna perlu mengubah tarikh yang dikehendaki dengan klik gambar calendar

4. Pengguna perlu tekan butang submit bagi melihat meklumat tentang eMAKLUM yang diproses.

5. Emaklum adalah salah satu module di dalam eSPEKS bagi membolehkan pengguna melihat maklumat bayaran secara terperinci yang diterima daripada Kerajaan Negeri.

espeks

Rajah 3: Hasil carian eMAKLUM

1. Rajah 3 menunjukan contoh hasil carian sekiranya memilih tarikh yang di kehendakinya.

2. Rajah di atas menyediakan fungsi numbering bagi memudahkan pengguna beralih ke muka surat yang berikut.

3. Serta menyediakan fungsi jumlah paparan bagi setiap muka surat.

4. Sekiranya pengguna mahu memaparkan maklumat terperinci bagi No. cek/eft. Pengguna hanya perlu klik di nombor cek/eft yang dipilih dan sistem akan memaparkan maklumat yang terperinci.

espeks

Rajah 4: No.Akaun

1.Rajah 4 menunjukan skrin berikutnya selepas pengguna klik untuk melihat maklumat bayaran.

2. Di skrin ini pengguna perlu memasukan no. akaun yang berdaftar dari sistem speks.

3. Sekiranya no. Akaun yang dimasukan adalah salah pengguna tidak boleh melihat maklumat bayaran.

4. Selepas Pengguna memasukan No. Akaun adalah perlu klik butang SEMAK bagi memaparkan lanjut bayaran.

5. Skrin ini juga menyediakan butang KELUAR sekiranya pengguna hendak menamatkan proses.

espeks

Rajah 5: Maklumat Bayaran

1) Rajah 2.3 menunjukan Maklumat bayaran secara terperinci

2) Di dalam maklumat ini memaparkan:i. Nama.ii. No. KP/NO. Pendaftaran Syarikat.iii. Jabtan Pembayar,PTJ Pembayar.iv. No. Baucar Bayaran.v. Perihal Bayaran.vi. No. Rujukan Invois.vii. No EFT/No. Cek.viii. Nama Bank.ix. NO. Akaun Bank.x. Tarikh Bank Proses.xi. No.Telefon Bimbit.xii. Alamat Emel.xiii. Alamat Pos.xiv. Maklumat bayaran yang ditolak.

Manual Pengguna e-Payslip

Log Masuk

espeks

Rajah 1: Skrin Log Masuk Pengguna

  1. Pengguna perlu memasukan NO/KP atau NO Daftar Syarikat yang berdaftar.
  2. Pengguna perlu memasukan Kata Laluan yang berdaftar.
  3. Selepas memasukan NO/KP atau No Daftar dan kata laluan pengguna perlu klik butang masuk.
espeks

Rajah 2: ePAYSLIP

Skrin ini akan memaparkan no/kp, nama,tahun dan bulan.

Tahun dan bulan akan memaparkan tarkih semasa.

Pengguna perlu mengubah Tahun dan bulan yang dikehendaki dengan klik gambar senarai tahun dan bulan.

Pengguna perlu tekan butang submit bagi melihat maklumat ePAYSLIP yang diproses.

ePAYSLIP adalah salah satu module di dalam eSPEKS bagi membolehkan pengguna melihat maklumat gaji secara terperinci yang diterima daripada Kerajaan Negeri.

espeks

Rajah 3: Hasil carian ePAYSLIP

  1. Rajah 3 menunjukan contoh hasil carian sekiranya memilih tahun dan bulan yang di kehendakinya.
  2. Rajah di atas menyediakan fungsi numbering bagi memudahkan pengguna beralih ke muka surat yang berikut.
  3. Serta menyediakan fungsi jumlah paparan bagi setiap muka surat.
  4. Sekiranya pengguna mahu memaparkan maklumat terperinci gaji. Pengguna hanya perlu klik di nombor Penyata Gaji yang dipilih dan sistem akan memaparkan maklumat yang terperinci.
  5. Sekiranya no gaji pengguna adalah BN/HQ, pengguna dibenarkan edit nama dan no gaji bagi menyenaraikan maklumat yang diperlukan.BN/HQ boleh melihat semua penyata gaji bagi semua jabatan dan ptj sahaja.
  6. Sekiranya no gaji pengguna adalah jabatan, pengguna dibenarkan edit nama dan no gaji bagi menyenaraikan maklumat yang diperlukan.Jabatan boleh melihat semua penyata gaji bagi semua jabatan dan ptj sahaja.
  7. Sekiranya no gaji pengguna adalah PTJ, pengguna dibenarkan edit nama dan no gaji bagi menyenaraikan maklumat yang diperlukan.Jabatan boleh melihat semua penyata gaji bagi semua ptj sahaja.espeks.selangor.gov.my